Kesihatan Pekerjaan OHS

Kesihatan Pekerjaan (OHS)

Memastikan kepatuhan undang-undang JKKP/DOSH dan keselamatan kakitangan anda melalui pemeriksaan kesihatan pekerjaan industri yang diiktiraf.

Lulus Audit DOSH

Memenuhi audit tahunan kesihatan DOSH/JKKP.

Laporan Doktor OHD

Laporan OHD berkomputer ditandatangani doktor bertauliah.

Surveilan Kesihatan

Saringan kesihatan berjadual (CHRA & kimia).

Perkhidmatan 01

Kesihatan Pekerjaan: Kepatuhan & Kebajikan

Penyediaan Kesihatan Pekerjaan (OHS) bukan sekadar tanggungjawab sosial, tetapi adalah pematuhan undang-undang di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP/OSHA) Malaysia. Dengan melabur dalam program kesihatan kerja, syarikat anda dapat mengurangkan kadar ketidakhadiran kerja, tuntutan pampasan kecederaan, serta meningkatkan produktiviti staf.

  • Mengurangkan kadar ketidakhadiran kerja (Absenteeism)
  • Mengelakkan liabiliti tuntutan pampasan kecederaan
  • Meningkatkan motivasi dan kualiti hidup staf
Pematuhan

Standard Industri

  • Akta OSHA / AKKP 1994
  • Peraturan USECHH 2000
  • Peraturan Noise JKKP 2019
Perkhidmatan 02

Medical Surveillance Program

Pemeriksaan kesihatan berkala wajib bagi pekerja yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan (USECHH Regulations 2000), habuk mineral, plumbum, asbestos, dan bising. Mengesan tanda awal penyakit pekerjaan sebelum kerosakan kekal.

Doktor OHD DOSH

Dijalankan oleh Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) berdaftar DOSH.

Penyediaan JKKP 7

Penyediaan borang JKKP 7 dan laporan lengkap untuk simpanan SHO/Majikan.

Saringan Toksikologi

Ujian makmal khusus untuk mengukur pendedahan biologi bahan kimia berbahaya.

Saranan DOSH

Faktor Risiko Paru-paru

  • Habuk Kayu & Habuk Mineral
  • Asbestos & Silica Bebas
  • Wasap & Gas Kimia Industri
  • Penilaian Aliran Udara Paru-paru
Spirometry Lung Function Testing
Perkhidmatan 03

Ujian Fungsi Paru-paru (Spirometri)

Ujian spirometri menilai fungsi paru-paru pekerja dengan mengukur jumlah dan kelajuan udara yang dihembus. Sangat penting bagi pekerja yang terdedah kepada habuk kayu, simen, wasap kimia, asbestos, silica, dan bahan partikel udara.

Alatan spirometer kami ditera secara berkala bagi memastikan ketepatan laporan diagnostik mengikut piawaian JKKP/DOSH.

Perkhidmatan 04

Saringan Audiometri & Pemeliharaan Pendengaran

Mengikut Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019, majikan wajib menjalankan ujian pendengaran (audiometri) tahunan bagi pekerja yang terdedah kepada paras bising melebihi 82 dB(A).

Ujian Pendengaran Tahunan

Saringan audiometri wajib untuk mengenal pasti kemerosotan pendengaran (STS).

Mobile Audiometri On-Site

Trak mudah alih kami datang terus ke premis kilang anda untuk ujian kelompok.

Program Konservasi

Latihan penggunaan pelindung telinga (PHP) dan kesedaran pendedahan bising.

Alatan & Kelengkapan Ujian Pendengaran

Portable Soundproof Booth

Kabin Kalis Bunyi Mudah Alih

Kabin akustik bergerak yang menghalang bunyi bising luar bagi menjamin ketepatan ujian pendengaran di lokasi on-site.

Resonance R07A Audiometer

Audiometer Resonance R07A

Audiometer mudah alih berprestasi tinggi untuk saringan pendengaran yang pantas dan tepat di lapangan.

Sound Level Meter

Meter Paras Bunyi

Mengukur tahap bising persekitaran tempat kerja untuk memastikan kawasan ujian memenuhi piawaian DOSH.

Resonance R27A Audiometer

Audiometer Resonance R27A

Audiometer diagnostik klinikal canggih untuk penilaian pendengaran mendalam dan pematuhan JKKP/DOSH.

Perkhidmatan 05

Penilaian & Pemeriksaan Kesihatan Pekerjaan

Kami menyediakan perkhidmatan penilaian kesihatan pekerjaan yang mendalam termasuk pemeriksaan kelayakan kerja (Fitness for Duty), penilaian kembali bekerja selepas kecederaan (Return to Work), penilaian kecacatan, serta saringan pemandu kenderaan berat (GDL).

  • Pemeriksaan kelayakan kerja (Fitness for Duty)
  • Penilaian kembali bekerja selepas kecederaan (Return to Work)
  • Saringan kesihatan pemandu lori / kenderaan berat (GDL)
100%

Kelayakan Kerja

Pemeriksaan OHD memastikan calon pekerja bersedia dari segi fizikal dan mental untuk melaksanakan tugas berat dengan selamat.

Perkhidmatan 06

Pemantauan Higien & Tempat Kerja

Pemantauan higien industri menilai pendedahan pekerja kepada bahaya persekitaran seperti bunyi bising, kualiti udara dalaman (IAQ), habuk respirabel, pencahayaan, dan gas toksik.

Kualiti Udara (IAQ)

Mengukur pengudaraan, pengumpulan habuk, dan kewujudan spora kulat di ruang kerja pejabat.

Hubungi Kami

Pendedahan Bising

Pemantauan tahap bising (Noise Exposure Monitoring) mengikut peraturan JKKP 2019.

Hubungi Kami

Faktor Pencahayaan

Kajian kecukupan pencahayaan di tapak industri bagi mengelakkan keletihan mata pekerja.

Hubungi Kami

Mengapa Syarikat Memerlukan OHS?

Ketahui kelebihan utama melabur di dalam keselamatan kesihatan pekerja anda.

Pematuhan Undang-Undang

Mengelakkan kompaun berat, denda, atau liabiliti undang-undang di bawah OSHA 1994 & Pihak Berkuasa DOSH.

Kurangkan Kos Ketidakhadiran

Mengesan bahaya kesihatan lebih awal bagi mengurangkan cuti sakit (MC) dan kes kemalangan kerja.

Kredibiliti & Kepercayaan

Menunjukkan komitmen tinggi syarikat terhadap perlindungan kebajikan pekerja anda.

Atur Saringan Kesihatan Pekerjaan Anda Hari Ini

Hubungi pegawai perunding kami untuk perbincangan saringan kesihatan DOSH/JKKP.

Hubungi Perunding OHS
WhatsApp